top of page

Video

Video berikut adalah berkaitan dengan subjek Matematik tajuk Ruang dan bentuk. Video ini menjelaskan satu cerita bernama Si Kucing dan Kawan-kawanya. Dalam video ini, terdapat beberapa bentuk 2D iaitu bulatan, segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga muncul dalam cerita tersebut.

 

Watak-watak dalam cerita Si Kucing dan Kawan-kawannya ialah Si kucing, Bob Bob (berbentuk segi empat sama) dan Domo (berbentuk segi empat tepat). Selain itu, topi( berbentuk segi tiga) dan syiling (berbentuk bulatan) juga dapat dilihat dalam video tersebut. Dalam akhir cerita, terdapat satu soalan untuk memuji minda murid. Soalan tersebut ialah "Apakah bentuk geometri yang anda lihat dalam video ini?"

​

​

​

Berikut merupakan papan cerita video tersebut:

 

Papan Cerita

Tajuk: Ruang-Bentuk 2D

 

Pada suatu pagi, Si Kucing berjalan-jalan di taman rimba. Si Kucing bertemu dengan kawan sekolah rendahnya, Bob Bob. Bob Bob baru balik dari Thailand dan dia telah membeli cenderahati sebagai hadiah kepada kawan-kawan. Bob Bob memberi sebuah topi yang cantik kepada Si Kucing.

 

Bob Bob: Hi, Si Kucing. Ini hadiah untuk kamu.

Si Kucing: Hi, Bob Bob. Lama tak jumpa. Apa hadiah itu?

Bob Bob: Sebuah topi dari Thailand.

Si Kucing: Wah, cantiknya! Terima kasih.

 

 

​

Selepas berbual, Mak Si Kucing menelefon Si Kucing untuk balik rumah makan tengah hari. Si Kucing menjemput Bob Bob makan bersama-sama.

 

Ring…. (Bunyi telefon)

Si Kucing: Hello mak, kenapa?

Mak Si Kucing: Si kucing, balik rumah makan sudah ni.

Si Kucing: Ya, mak. Bolehkah saya bawa kawan bersama-sama ya?

Mak Si Kucing: Boleh, hati-hati ya.

Si Kucing: Ya, mak. Bye.

 

 

​

Apabila dalam perjalanan balik rumah, mereka ternampak Domo sedang mencari-cari sesuatu.

 

Si Kucing: Hai, Domo. Apa yang kamu buat?

Domo: 50 sen saya jatuh dan tidak tahu ke mana. Saya sedang mencarinya.

Si Kucing dan Domo: Biarlah kami tolong bersama-sama.

 

 

​

Selepas beberapa minit, mereka telah menjumpainya.

 

Bob Bob: Ah, di sini!

Domo: Ah, terima kasih Bob Bob!

 

 

​

Domo megucap terima kasih atas bantuan Si Kucing dan Bob Bob. Selepas itu, Si Kucing dan Bob Bob meneruskan perjalanan mereka.

 

Soalan:

Apakah bentuk Geometri 2D yang anda lihat dalam video ini?

Video: 

Dihasilkan oleh:

_edited
13567505_1215289821838957_8910908584524105175_n_edited
11203081_10203072343289700_8272680968893635048_n_edited
14344935_1192810980742014_6525945492054220988_n_edited
bottom of page