top of page
Definisi Bentuk 2D

Bentuk 2D ialah bentuk yang mengandungi 2 dimensi iaitu panjang dan lebar kecuali satu bentuk iaitu bulatan. Ia mempunyai permukaan rata dan sisi sama ada lurus atau melengkung.

Ciri-ciri Bentuk 2D:

~ Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang.
~ Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata.
~ Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur.
~ Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.

Jenis-jenis Bentuk 2D

Bulatan

Ciri-ciri:

~ Ada 1 sisi melengkung
~ Ada 1 permukaan rata

Segi Tiga

Ciri-ciri:

~ Ada 3 bucu
~ Ada 3 sisi lurus yang sama panjang
~ Ada 1 permukaan rata

Segi Empat Sama

Ciri-ciri:

~ Ada 4 bucu
~ Ada 4 sisi lurus yang sama panjang
~ Ada 1 permukaan rata

Segi Empat Tepat

Ciri-ciri:

~ Ada 4 bucu
~ Ada 4 sisi lurus ( 2 pasang sisi yang panjang berlainan)
~ Ada 1 permukaan rata

bottom of page